Kementerian Pelajaran Malaysia, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999 bertarikh 10 Jun 1999, telah menyarankan bahawa semua sekolah menengah di seluruh negara supaya menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah.

Saranan penubuhan kelab ini adalah bertujuan untuk membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.

Seterusnya, diharapkan agar kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan polis dapat diselaraskan dalam usaha membanteras perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah..

“MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI”


Maklumat KPJ

My photo
Gombak, Selangor, Malaysia
Selamat Datang Ke Blog Kelab Pencegahan Jenayah SMKGS... blog ini ditubuhkan pada 3 Januari 2011 dengan bantuan Guru dan AJK Tertinggi KPJ 2011. Blog ini diwujudkan sebagai saluran penyampaian maklumat serta tempat perkongsian pendapat antara KPJ sekolah - sekolah seluruh Malaysia. Sudi - sudikanlah menjadi Followers serta meninggalkan komen2 yang membina bagi membantu mencegah jenayah serta meningkatkan kualiti blog serta KPJ SMKGS.

Tuesday, February 15, 2011

TERIMA KASIH...

TERIMA KASIH saya ucapkan kepada saudara Sharif yang merupakan guru KPJ SMK Teknik Sandakan diatas kesudian untuk menjadi sebahagian daripada Skuad Cegah Jenayah (nama yang kami cipta utk follower blog kami)... terima kasih sangat2... diharapkan kita dapat berkongsi maklumat dan informasi...

terima kasih juga kepada semua yang telah singgah ke blog ini... setakat entri ini ditulis, hit counter menunjukkan bahawa blog ini sudah mempunyai 125 orang pelawat... walaupun seketika sungguh bermakna... saya dan warga KPJ SMK Gombak Setia mengharapkan agar dapat ditinggalkan tapak jari anda pada lawatan kali kedua dengan menjadi Skuad Cegah Jenayah...

harapan kami, agar blog ini dapat membantu semua utk mencegah jenayah dan membantu semua mendapat maklumat mengenai Kelab Pencegahan Jenayah...

kami juga baru bermula, baru belajar merangkak... segala komen dan tunjuk ajar amat diperlukan... sudi sudikanlah memberi komen membina dan positif buat kami...

TERIMA KASIH SEMUA...


= BERSAMA MENCEGAH JENAYAH! =

No comments:

Post a Comment