Kementerian Pelajaran Malaysia, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999 bertarikh 10 Jun 1999, telah menyarankan bahawa semua sekolah menengah di seluruh negara supaya menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah.

Saranan penubuhan kelab ini adalah bertujuan untuk membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.

Seterusnya, diharapkan agar kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan polis dapat diselaraskan dalam usaha membanteras perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah..

“MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI”


Maklumat KPJ

My photo
Gombak, Selangor, Malaysia
Selamat Datang Ke Blog Kelab Pencegahan Jenayah SMKGS... blog ini ditubuhkan pada 3 Januari 2011 dengan bantuan Guru dan AJK Tertinggi KPJ 2011. Blog ini diwujudkan sebagai saluran penyampaian maklumat serta tempat perkongsian pendapat antara KPJ sekolah - sekolah seluruh Malaysia. Sudi - sudikanlah menjadi Followers serta meninggalkan komen2 yang membina bagi membantu mencegah jenayah serta meningkatkan kualiti blog serta KPJ SMKGS.

Monday, January 17, 2011

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH


Matlamat penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah adalah untuk membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.

  • Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
  •  Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid.
  • Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
  • Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan  aktiviti yang  berfaedah.
  • Melahirkan murid yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara dalam hal menangani jenayah.

= BERSAMA MENCEGAH JENAYAH! =

No comments:

Post a Comment