Kementerian Pelajaran Malaysia, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999 bertarikh 10 Jun 1999, telah menyarankan bahawa semua sekolah menengah di seluruh negara supaya menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah.

Saranan penubuhan kelab ini adalah bertujuan untuk membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.

Seterusnya, diharapkan agar kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan polis dapat diselaraskan dalam usaha membanteras perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah..

“MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI”


Maklumat KPJ

My photo
Gombak, Selangor, Malaysia
Selamat Datang Ke Blog Kelab Pencegahan Jenayah SMKGS... blog ini ditubuhkan pada 3 Januari 2011 dengan bantuan Guru dan AJK Tertinggi KPJ 2011. Blog ini diwujudkan sebagai saluran penyampaian maklumat serta tempat perkongsian pendapat antara KPJ sekolah - sekolah seluruh Malaysia. Sudi - sudikanlah menjadi Followers serta meninggalkan komen2 yang membina bagi membantu mencegah jenayah serta meningkatkan kualiti blog serta KPJ SMKGS.

Sunday, January 30, 2011

GOTONG ROYONG SMKGS 2011

TARIKH: 28.01.2011
TEMPAT: Sekitar Bilik2 Khas dan Kelas Di SMKGS
TUGASAN KPJ: Mengemas dan menceriakan bilik disiplin

pada 28 Januari yang lalu bersamaan hari Sabtu, telah berlangsung Gotong Royong SMKGS. Tujuan gotong royong ini dijalankan adalah bagi memberi ruang dan peluang kepada guru tingkatan dan murid untuk mengemas dan menceriakan kelas masing2 memandangkan pertandingan keceriaan telah pun bermula pada minggu ini.

selain itu juga, gotong royong ini bertujuan untuk mengemas serta menceriakan bilik2 khas seperti bilik SPBT, Pusat Sumber, Bilik Pengakap, Bilik BBM, Bilik Peperiksaan, Bilik Disiplin, Bilik Guru, Bilik Kaunseling dan sebagainya. ini selaras dengan pertukaran serta perubahan bilik2 khas secara besar-besaran yang melibatkan bilik guru lelaki, bilik kaunseling, bilik BBM dan banyak lagi setelah pembinaan blok Fatanah siap dan sijil menduduki telah diperolehi.

sebelum ini, SMKGS kekurangan bilik dan ruang untuk mewujudkan bilik disiplin, tetapi dengan siapnya bangunan blok Fatanah, maka bilik guru lelaki di blok A telah di ubah suai untuk menjadi Bilik Disiplin.

kerja2 memindahkan barang2 berkaitan telah dilaksanakan pada minggu pertama persekolahan tetapi kerja mengemas semula dan menceriakan bilik disiplin tertangguh akibat guru dan murid masing-masing sibuk dengan tugasan lain seperti latihan rumah sukan dan kelas tambahan.

dengan adanya program gotong royong ini, maka semua kerja tertanggung dapat diselesaikan.


BERIKUT MERUPAKAN SEDIKIT SEBANYAK GAMBAR YANG SEMPAT DIAMBIL DARIPADA KAMERA CIKGU AZNIWATI


murid mula tiba...


murid mula berkumpul di Dataran Gemilang Setia


guru-guru menunggu pengagihan murid oleh PK HEM Puan Nik Karimah (berbaju purple di atas pentas)


setelah selesai menyusun rak dan mengasingkan dokumen, tugasan kami adalah untuk menggariskan kertas wrapper utk dijadikan border papan kenyataan


lagi menggariskan wrapper...


"menembak" wrapper yang telah dipotong ke dinding...


dibantu oleh muzaffar yang menjenguk seketika... =)


 yeah!!! kami enjoy... sebab x berpeluh... hehe


 rak fail yang telah siap di kemas... bahagian atas adalah fail mengisi borang penalti murid, bahagian bawah mengisi surat amaran dan buku rekod.

 sistem filing SMKGS... terbaik!!!

 tembak... tembak...

gunting elok2, jangan senget... hehe

ini merupakan program pertama yang disertai oleh Kelab Pencegahan Jenayah, diharapkan melalui program - program sebegini kami akan dapat mengeratkan hubungan sesama AJK dan ahli-ahli yang lain... yeah, kita semua adalah bagaikan sebuah keluarga!!!


= BERSAMA MENCEGAH JENAYAH! =