Kementerian Pelajaran Malaysia, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999 bertarikh 10 Jun 1999, telah menyarankan bahawa semua sekolah menengah di seluruh negara supaya menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah.

Saranan penubuhan kelab ini adalah bertujuan untuk membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.

Seterusnya, diharapkan agar kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan polis dapat diselaraskan dalam usaha membanteras perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah..

“MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI”


Maklumat KPJ

My photo
Gombak, Selangor, Malaysia
Selamat Datang Ke Blog Kelab Pencegahan Jenayah SMKGS... blog ini ditubuhkan pada 3 Januari 2011 dengan bantuan Guru dan AJK Tertinggi KPJ 2011. Blog ini diwujudkan sebagai saluran penyampaian maklumat serta tempat perkongsian pendapat antara KPJ sekolah - sekolah seluruh Malaysia. Sudi - sudikanlah menjadi Followers serta meninggalkan komen2 yang membina bagi membantu mencegah jenayah serta meningkatkan kualiti blog serta KPJ SMKGS.

Thursday, January 27, 2011

Mesyuarat AJK Pertama (27 Januari 2011)

hari ini berlangsung mesyuarat Ahli Jawatankuasa KPJ sesi 2011 untuk kali pertama. (tiada gambar diambil, insyaAllah pada perjumpaan akan datang ahan menyusul bersama gambar.

agenda mesyuarat hari ini adalah:
1. pemberitahuan mengenai perubahan jawatankuasa
2. merancang aktiviti sewaktu perjumpaan
3. merancang program sepanjang tahun serta membahagikan tugas perlaksanaan kerja
4. berbincang tentang projek terdekat iaitu pameran join venture dengan PPDa

mesyuarat AJK Pertama ini dipengerusikan oleh Cik Azniwati tetapi next time akan dipengerusikan oleh Pengerusi KPJ dan guru hanya akan bertindak sebagai pemudah cara.

Cik Azniwati: doa saya moga KPJ dapat menjalankan sekurang2nya 80% daripada program yang dirancang. ini bagi memastikan KPJ tidak terkubur dan masih meniti dibibir warga SMKGS... InsyaAllah semua ini akan tercapai dengan adanya kerjasama daripada semua Ahli dan kita semua adalah satu keluarga.
= BERSAMA MENCEGAH JENAYAH! =

Monday, January 17, 2011

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH


Matlamat penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah adalah untuk membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.

  • Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
  •  Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid.
  • Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
  • Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan  aktiviti yang  berfaedah.
  • Melahirkan murid yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara dalam hal menangani jenayah.

= BERSAMA MENCEGAH JENAYAH! =

FALSAFAH KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

Kelab ini berperanan serta bertanggungjawab melahirkan ahli yang:

1. Kreatif dan inovatif.

2. Mempunyai ketahanan diri.

3. Berani bersaing.

4. Prihatin terhadap bidang yang diceburi.

5. Mempunyai wawasan dalam bidang kokurikulum dan juga sahsiah.

6. Menggembleng kreativiti diri secara global demi memartabatkan nama kelab dan sekolah.

7. Mempunyai keyakinan dan kesedaran diri.

8. berpegang kepada motto KPJ iaitu:
“MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI”



= BERSAMA MENCEGAH JENAYAH! =

PENGENALAN KEPADA KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

Bilangan kes jenayah yang melibatkan murid sekolah seperti yang sering dilaporkan oleh media telah meningkatkan serta membangkitkan kebimbangan banyak pihak.
Kementerian Pelajaran berpendapat gejala antisosial ini perlu diberikan perhatian serius dan ditangani secara menyeluruh dan bersepadu oleh semua pihak.
Kesedaran murid akan implikasi negatif terhadap jenis dan pola perlakuan jenayah perlu dipertingkatkan agar mereka tidak terjebak dalam kegiatan antisosial.
Kementerian Pelajaran Malaysia, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999 bertarikh 10 Jun 1999, telah menyarankan bahawa semua sekolah menengah di seluruh negara supaya menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah.
Saranan penubuhan kelab ini adalah bertujuan untuk membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.
Seterusnya, diharapkan agar kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan polis dapat diselaraskan dalam usaha membanteras perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.

BERIKUT MERUPAKAN SALINAN SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 7/1999 MENGENAI PENUBUHAN KPJ DI SEKOLAH




= BERSAMA MENCEGAH JENAYAH! =

Friday, January 14, 2011

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG diucapkan kepada semua blogger ke blog Kelab Pencegahan Jenayah SMK Gombak Setia...

ini merupakan langkah pertama KPJ SMKGS dalam usaha mengaktifkan Kelab Pencegahan Jenayah sebagai satu sumber maklumat serta badan untuk membantu mencegah jenayah dalam kalangan warga sekolah.

diharapkan dengan kehadiran blog ini, akan dapat memberi manfaat kepada semua warga sekolah serta semua pelawat yang singgah ke blog ini.

harapan saya agar sesiapa sahaja sudi2 kan meninggalkan komen dan pendapat yang boleh diguna pakai bersama2 dalam memajukan blog ini serta sama2 dalam usaha mencegah penularan kes jenayah di luar sana.


= BERSAMA MENCEGAH JENAYAH! =